Monday, October 5, 2009

Pemakanan Atlit Acara Trak

Pemakanan Sebelum Pertandingan
Sebelum pertandingan , sistem pencernaan badan atlit akan diperlahankan diakibatkan oleh keadaan tekanan emosi(Keyed-up emotional state). Untuk menangani masalah ini seseorang atlit balapan harus makan makanan yang mudah dicrna, makanan yang seimbang selum 3 jam pertnadingan itu bermula. Makan yang ada lema dan berminyak harus dielakkan.Lemak adalah makanan yang lambat dicerna adripada lain-lain zat makanan(nutrient). Menyertai pertandingan dengan lemak yang ada diperut adalah satu keadaan yang menggangu prestasi atlit.

Acara-acara trak adakalanya dijalankan sepanjang hari ataupun atlit balapan perlu menyertai beberapa siri sarngan sebelum pertandingan. Memakan makanan snak atau telur rebus, roti yang dipanggang dan meminum jus boleh menyelesaikan maslah ini. Atlit boleh juga makan makanan snak yang dikeringkan seperti pisang , apple, anggur dan sebaginya. Disamping itu makanan yang manis hendaklah dielakkan oleh atlit kerana ia akan mengganggu kadar gula di badan dan ini juga mempengaruhi prestasi atlit .

Semasa bertanding

Badan manusia mempunyai dua jenis system tenaga yang berbeza. Satu system iaitu system anaerobic menggunakan kretin(creatine), satu substans yang disimpan dalam otot-otot yang membolehkan tenaga pada jangkamasa yang pendek. Satu lagi system iaitu aerobic system menggunakan oksigen yang mana badan atlit menggunakan system ini untuk aksi yang mengambil masa beberapa minit.

Atlit balapan memerlukan tenaga dari system anaerbik yang bergantung pada kretin.. Karbohidrat adalah satu sumber tenaga yang tidak menggunakan oxygen . Maka sumber karbohidrat perlu untuk tenaga dan juga menetukan kelajuan atlit balapan.. Jika atlit yang terlibat mengambil bahagian dalam perlumbaan jangkamasa pendek, iaitu 100 meter ataupun 400 meter , dia memrlukan lebih kurang 2.7 hingga 3.6 gram karbohidrat bagi setiap paund berat badanya.(6 hingga 8 g/kg/sehari).



Keseimbangan cecair tubuh adalah penting dalam pencapaian fizikal yang maksimum. 'Dehydration' adalah faktor penting yang boleh mengehadkan keupayaan bekerja. Keperluan air untuk seseorang yang sedentari dalam sekitaran yang normal ialah lebih kurang 2 liter. Keperluan air akan meningkat 5 atau 6 kali daripada normal semasa menjalankan aktiviti fizikal dalam cuaca yang panas. Dalam kes-kes yang teruk kekurangan air boleh membawa maut. Ramai yang berpendapat tiada asas untuk mengehadkan pengambilan air bagi olahragawan ( Dairy Council Digest, 1980 ). Atlit dicadangkan meminum air atau minuman isotonic untuk menggantikan bendalir, karbohadrat ataupun elektrolits yang hilang dari masa kemasa.. Ini juga membantu atlit mengelakkan darpada dehidrasi (dehydration).


Selepas kejohanan.

Selepas sesuatu kejohanan, glycogen daripada otot dan tisu hati diguna habis oleh badan atlit balapan. Maka untuk menggalakan pemulihan glikogen, atlit harus makan makanan yang berkhasiat serta miniman yang mengandungi kabohidrat dan protein. Jika makanan yang bersesuaina dimakan , penggantian glokogen akan berlaku dengan cepat.

Ramai atlit percaya bahawa pengambilan gula yang lebih boleh membekalkan tenaga dengan cepat sebelum atau selepas sesuatu pertandingan . Ini adalah salah dan dilarang sama sekali. Pengambilan gula-gula atapun madu harus dielakkan kerana gula boleh mngubahakan kadar glukos dengan cepat dan ini akan mengakibatkan keltihan dan mengurangkan prestasinya.



http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/PIRAMIDMAKANANMALAYSIA.php

1 comment: