Tuesday, September 8, 2009

Latihan Bahasa Melayu

Guru-guru terlatih dalam bidang pengajian melayu, pada awal perkhidmatan mereka di SJK menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah-sekolah tersebut. Ini adalah kerana mereka dilatih dalam bidang Pengajian Melayu yang berfokuskan pada sistem pengajaran SK iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama. Tetapi di SJK bahasa melayu merupakan bahasa kedua bagi murid-murid SJK. Jadi apabila guru-guru yang terlatih dalam Pengajian Bahasa Melayu mula mengajar di SJK mereka mengahadapi masalah mengajar BM kerana latihan yang diberikan adalah bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama.

Ini dapat dilihat cara pengajaran Bahasa Inggeris dimana latihan TESL(teaching english As Second Language) mempunyai cara pengajaran yang berbeza iaitu mengikut sistem bahasa kedua.Ini memudahkan murid belajar bahasa tersebut dengan lebih mudah dan berkesan. saya berharap KPM mengambil langkah-langkah memperkenalan BM sebagai bahsa kedua SJK dapat memanfaatkan murid-murid. Pendekatan baru ini juga akan memanfaatkan guru-guru supaya P&P BM dilaksanakan dengan lebih efisyen.

1 comment:

  1. memang benar pendapat saudara. Sekolah SJK memang menghadapi masalah yang sama. Moga-moga penambahbaikan dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete